Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur Cuba 7 Tip Ini
* Elakkan skrin terang sekitar 1 atau 2 jam sebelum waktu tidur
* Elakkan menonton televisyen sehingga lewat malam
* Apabila tiba waktu tidur, pastikan lampu bilik dimalapkan atau dipadamkan
* Sekiranya terjaga, jangan terus membuka lampu, biarkan cahaya terus suram atau malap
Cara mengatasi masalah sukar tidur #3: Bersenam di siang hari
Individu yang kerap bersenam akan tidur lena dan lebih nyenyak pada waktu malam, serta rasa kurang mengantuk pada siang hari.
Semakin kuat anda bersenam, semakin banyak manfaat tidur yang diperolehi.
Pun begitu, melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki untuk tempoh 10 minit sehari turut dapat meningkatkan kualiti tidur.
Tip 4: Penjagaan aspek makan & minum
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting bagi membantu anda mendapatkan tidur lena.
Ini terutamanya jika anda ingin mengambil sebarang makanan beberapa jam sebelum tidur.
* Hadkan pengambilan kafein dan nikotin (rokok)
* Elakkan hidangan makanan berat pada waktu malam
* Elakkan mengambil alkohol sebelum tidur
* Hindari minum terlalu banyak cecair pada waktu petang
* Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat halus
Tip 5: Tenangkan fikiran
Adakah anda sering berdepan situasi sukar tidur lena atau kerap terjaga pada waktu malam?
Mungkin tekanan, kebimbangan atau kemarahan yang masih berbaki daripada waktu siang menjadi antara punca anda mengalami kesukaran tersebut.
Cuba atasinya dengan mengembangkan rutin tidur yang membantu mempersiapkan diri untuk tidur seperti mengamalkan teknik relaksasi ataupun mandian air suam.
Anda juga boleh memalapkan cahaya bilik tidur mahupun mendengar alunan muzik lembut yang mendamaikan.
Tip 6: Perbaiki persekitaran tidur, salah satu cara mengatasi masalah sukar tidur
Rutin tidur yang tenang dapat memberikan isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk berehat dan melepaskan tekanan yang dialami.
* Perlahankan sebarang bunyi
* Pastikan suhu bilik sejuk
* Pastikan tempat tidur anda selesa
* Khaskan tempat tidur sebagai ruang untuk tidur dan hubungan intim, bukannya ruang bekerja
Tip 7: Pelajari cara untuk kembali tidur
Ia adalah satu keadaan normal untuk terjaga sebentar. Tetapi jika anda berdepan masalah untuk kembali tidur, cuba petua berikut:
* Elakkan membuat diri berasa tertekan
* Letakkan matlamat untuk merehatkan diri dan bukannya tidur
* Lakukan aktiviti yang tenang seperti membaca buku
* Hindari daripada memikirkan isu yang boleh mendatangkan kebimbangan atau merangsang otak untuk berfikir. Jika ia berlaku, buat nota ringkas dan tunda rasa kebimbangan tersebut pada keesokan harinya
Sekiranya cara mengatasi masalah sukar tidur yang dikongsikan di atas tidak membawa sebarang perubahan, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor.