Niat Cara Solat Subuh Panduan Lengkap

Apakah cara melakukan solat Subuh?

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara-cara untuk melakukan solat subuh secara terperinci berserta dengan ejaan rumi bagi memudahkan anda.

Pengenalan

Solat Subuh merupakan antara 5 solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam sehari semalam. Solat ini juga merupakan solat fardhu yang ketiga wajib ditunaikan di pagi hari bagi mendapatkan ketenangan, keikhlasan dan kesihatan rohani serta jasmani dalam diri seseorang sebelum memulakan aktiviti harian.

Kenapa ianya solat yang ketiga?

Perkara ini telah dibahaskan oleh para ilmuwan Islam dalam bab Falak (bintang) yang mana permulaan bagi kalendar Hijriyah adalah ketika bermulanya waktu matahari terbenam. Ianya bersamaan ketika tibanya waktu Solat Maghrib.

Maka di sini dapat kita kenal pasti bahawa Solat Maghrib adalah solat fardhu yang pertama dalam sehari-hari, kemudian disusuli dengan Solat Isya’ sebagai solat fardhu yang kedua dan diikuti dengan Solat Subuh sebagai solat fardhu yang ketiga.

Waktu Solat Subuh

Selain daripada merujuk pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang menaungi urusan agama Islam bagi setiap negeri, kita juga dapat melihat tanda-tanda yang terdapat pada langit ketika waktu hampir tiba.

Sebagai kayu ukur yang digunakan oleh umat Islam terdahulu, kehadiran fajar sodiq merupakan permulaan bagi masuknya waktu Solat Subuh.

Apakah itu fajar sodiq?

Menurut Imam Lahiq Ibnu Humaid As-Sadusi Al-Bashri atau lebih dikenali sebagai Imam Abu Mijlaz (w. 101H), seorang tabi’in yang meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari, Hassan Bin Ali, Muawiyah dan Imran Ibnu Husain, berkata:

الضَّوءُ السّاطِعُ في السَّمَاءِ لَيْسَ بِالصُّبْحِ، وَلَكِنَّ ذَاكَ الصُّبْحُ الكَذّابُ. إنما الصُّبْحُ إِذَا انْفَضَحَ الأُفُقُ

Maksudnya: “Cahaya yang menjulang (meninggi) di langit bukanlah Subuh, akan tetapi ia adalah fajar kadzib. Sesungguhnya Subuh itu adalah apabila ufuk menjadi terbuka (tersingkap) warna putih.”

Menurut Imam Al-Azhari (w. 370H) di dalam kitab Tahdzib Al-Lughah di bawah tajuk “Subuh” (4/268) berkata:

وَلَوْنُ الصُّبْحِ الصَّادِقِ يَضْرِبُ إِلَى الحُمْرَةِ قَلِيْلاً كَأَنَّهَا لَوْنُ الشَّفَقِ الْأَوَّلِ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Dan warna fajar sodiq sedikit condong (mengisyaratkan) kepada warna merah seolah-olah ia warna mega pertama di awal malam.”

Di sini dapat kita fahami bahawa fajar sodiq adalah waktu di mana langit mengalami cahaya sedikit cerah seperti mana sekitar penghujung waktu Maghrib.

Bilakah waktu Subuh akan tamat?

Berdasarkan Riwayat daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa:

وَوَقْت صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوْعِ الفَجْرِ وَيَسْتَمِرُّ إِلَى قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ

Maksudnya: “Dan waktu Solat Subuh bermula daripada terbitnya fajar dan berterusan sehingga terbitnya matahari.”

Kemudian dijelaskan, maksud fajar adalah cahaya yang keluar berlawanan di ufuk, maka tidak sah solat sebelum waktu ini.

Dengan munculnya cahaya Dhuha atau matahari mulai terbit, maka waktu Subuh akan mulai habis dan waktu Solat Dhuha akan tiba setelah selesainya beberapa minit waktu syuruk.

Sebelum mendirikan Solat Subuh, kita digalakkan untuk melaksanakan Solat Sunat Rawatib sebanyak 2 rakaat sebelum Subuh. Hal ini disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW:

رَكْعَتَا الفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

Maksudnya: “Solat sunat 2 rakaat fajar (sebelum Solat Subuh) adalah lebih baik ganjarannya daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim)

Lafaz Niat Solat Fardhu Subuh

1. Niat ketika solat berseorangan

Niatnya adalah:

أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

Usolli fardhas subhi rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2. Niat ketika menjadi makmum

Niatnya adalah:

أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى

Usolli fardhas subhi rak’ataini makmuman lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.”

3. Niat ketika menjadi imam

Niatnya adalah:

أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامً لِلهِ تَعَالَى

Usolli fardhas subhi rak’ataini imaman lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat sebagai imam kerana Allah Ta’ala.”

Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat dan ditambahkan dengan Doa Qunut. di awali dengan lafaz niat seperti diatas.

1. Berdiri tegak dan menghadap kiblat

Pada ketika ini seseorang itu perlu bersedia menghadap Allah SWT, melupakan perkara dunia dan fokus terhadap solat yang akan didirikan

Baca lafaz niat solat tersebut dengan kadar yang hanya didengari telinga sendiri. Ianya bertujuan untuk menguatkan perasaan kita untuk menunaikan solat tersebut.

Jika tidak mahu membaca pun tidak membatalkan solat tersebut.

2. Mengangkat Takbiratul Ihram

3. Membaca Surah Al-Fatihah

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Ertinya; “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan ) mereka yang engkau murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

4. Membaca Surah Pilihan

Anda boleh membaca surah Al-Kafirun. Ataupun mana-mana surah di dalam al-quran:

Bismillahirahmanirahim. Qul ya ayyuhal kafirun. La a’buduma ta’budun. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Wa la ana ‘abidumma ‘abadtum. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Lakum dinukum waliyadin.

Ertinya; “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk Mu agama Mu,untuk Ku agama Ku.”

5. Ruku’

Bacaan rukuk adalah:

Subhana rabbial ‘azimi wabihamdih

Ertinya: Maha suci Rabbku(Tuhan) yang maha Agung dan segala puji baginya.

6. I’tidal

Bacaan I’tidal adalah:

Sami ‘allahu liman hamidah

Ertinya: Mendengar Allah mereka yang memujiNya

Rabbana lakal hamdh

Ertinya: Ya tuhanku, segala pujian bagimu

7. Sujud

Bacaan sujud adalah:

Subhana rabbial a’la wabihamdih

Ertinya: Maha suci Tuhanku yang Maha Tertinggi dan segala puji bagiNya

8. Duduk antara 2 sujud

Bacaannya adalah:

Rabbigh firli warhamni wajburni warfa’ni warzuqni wahdini wa’afini wa’fu ‘anni

Ertinya: Tuhanku, maafkanlah ku, rahmatilah aku, lindungilah aku, angkatlah darjat aku, berikanlah aku rezeki, berikanlah ku hidayah, berikanlah aku kesihatan, dan ampunilah aku.

9. Sujud dan bacaanya sama seperti sujud sebelum ini

10. Berdiri semula untuk rakaat yang kedua

1. Takbir masuk rakaat yang kedua

2. Baca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama

3. Baca Surah pilihan

Boleh baca surah Al-Ikhlas ataupun mana-mana surah al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Qul huwallahu ahad. Allahussomad. Lam yalid walam yulad. Walam yaqullahu kufuwan ahad.

Ertinya; “Dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha penyayang. Katakanlah(Muhammad), Dia adalah Allah Yang Maha Esa. Allah Tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak di peranakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya.”

4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama

5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama

6. Doa Qunut

Selepas membaca bacaan dalam I’tidal, tangan perlulah diangkat untuk membaca doa Qunut

Bacaan Doa Qunut

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيْمَنْ هَدَيْتَ

Allahhumma dinaa fiiman hadait,

(Maksud: “Ya Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah”).

وَعَافِنَا فِيْمَنْ عَافَيْتَ

Wa’aa finaa fiiman ‘aafait,

(Maksud: “Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan”).

وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَلَيْتَ

Watawallanaa fiiman tawal-laiit,

(Maksud: “Dan peliharalah kami sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan”).

وَبَارِكْ لَنَا فِيْمَا أَعْطَيْتَ

Wabaariklana fiimaa a’thait

(Maksud: “Berilah keberkatan bagi kami pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan”).

وَقِنَا بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ

Waqinaa birohmatika syarramaa qadhait,

(Maksud: “Dan selamatkan kami (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan”).

فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

(Maksud: “Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum”).

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

Wainnahu laayadzilu man walait,

(Maksud: “Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin”).

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

(Maksud: “Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi”).

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

(Maksud: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi”).

فَلَكَ الحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

(Maksud: “Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan”).

وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ

Wanastaghfiruka wanatuubu ilaik,

(Maksud: “Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu”).

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

(Maksud: “Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad”).

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

(Maksud: “Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya”).

7. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama

8. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama

9. Sujud balik semula dan bacaannya sama seperti rakaat pertama

10. Duduk Tahyat akhir

Bacaannya adalah:

Attahiyatu mubarakatus solawatut toyyiba tulillah, assalamualaika ayyuhan nabi yu warah matullahi wabarakatuh, assalamualaina wa ‘ala ibadillah hissolihin.

Ashhadualla ilaha illallah wa ashhadu anna muhammadar rasulullah

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad, kama sollai taala ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim

wa barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barak taala Ibrahim wa ‘ala ali ibrahim

fil ‘alamina innaka hamidum majid

Ertinya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim.

Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim.

Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

11. Beri salam

Cara Solat Fardhu yang lain

Cara solat sunat yang lain

Rujukan:

1. Kepentingan Takwim Hijri dalam Penetuna Hukum Hakam dan Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia – Mufti Wilayah Persekutuan
2. Inilah Hadisnya Kenapa Sholat Subuh Harus di Fajar Shodiq – EraMuslim
3. Kitab Apakah yang Wajib Diketahui oleh Seorang Muslim Tentang Agamanya, Jilid 1, Ms: 31