Aku Mengandung Semasa Tahun Akhir Tapi Suami Suruh Gugur Kandungan Sebab Alasan TAK BERSEDIA
Saya berumur 25 tahun, sudah berkahwin 3 tahun (tahun pertama semasa masih dalam pengajian ijazah).
Ibu dan ayah saya sudah bercerai secara fasakh kerana ayah tidak memberi sebarang nafkah selama bertahun – tahun lamanya. Kehidupan Iampau ibu bersama ayah sedikit sebanyak menyebabkan ibu bersikap prejud1s dengan setiap menantu lelakinya (saya kurang pasti dalam hal saya ni sama ada ibu benar atau saya yang buta tuIi bagi muka pada suami).
Baik, kisahnya begini. Keputvsan untuk berkahwin adalah secara meng3jut tanpa pertunangan di mana suami terus meIamar untuk melangsungkan pernikahan. Pada mulanya, ibu agak keberatan untuk mengizinkan anak bongsunya kahwin pada usia muda 23 tahun (dalam konteks masih belajar, belum bekerja) kerana ibu begitu risaukan masa depan saya.
Namun, lama kelamaan dengan berat hati ibu bagi keizinan kami kahwin. Sepanjang sesi pernikahan berlangsung, ibu tidak berhenti menangis. Saya cuba memujuk. Naluri ibu seperti tak nak melepaskan saya. Jujur saya katakan, sepanjang akad nikah hingga selesai majlis persandingan (pada hari yang sama) tiada rasa keterujaan dapat kahwin.
Rasa kosong dan biasa saja. Pernah saya tengok orang lain kahwin menangis teresak – esak, saya cuba nak menangis tapi tiada rasa di situ. Terus terang juga saya katakan, bukan saya yang bersungguh – sungguhkan perkahwinan ini tetapi suami sendiri.
Sekadar makluman, suami saya ketika itu merupakan rakan sekelas saya semasa pengajian ijazah. Alasan suami untuk nikah awal adalah (seperti biasa) untuk elakkan maks1at sebab selalu berdua – duaan ke library, ke kedai makan, semua bersama sehingga orang geIarkan kami belangkas.
Tapi masih menjaga etika perhubungan di mana kami naik motor berasingan dan jarak duduk berbual tidaklah rapat. Itu sahaja alasan untuk berkahwin padahal masa itu saya menganggapnya sekadar teman rapat sepanjang kuliah.
Tapi disebabkan suami beria – ia nak memperisterikan saya dengan jaminan suami pada keluarga saya iaitu
1) Dia akan izinkan saya sambung postgraduate selepas tamat ijazah yang berbaki dua semester sahaja (saya dapat sambung terus ke postgraduate kerana keputvsan cemerlang);
2) Dia akan bagi saya kerja selepas berkahwin kelak, maka saya bersetuju untuk bawa berjumpa ibu dan keluarga di mana saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada ibu, jika ibu bersetuju maka saya pun terima.
Ibu juga bimbang kerana suami sama – sama belajar, tidak bekerja, maka dari mana sumber wang dapat dibahagikan kepada diri sendiri dan si isteri. Namun, akhirnya ibu bersetuju suami berkahwin dengan saya.
Selepas perkahwinan. Sejurus selepas hari pernikahan dan persandingan, saya dan suami terus gerak ke kolej kami dan sambung kuliah seperti biasa. Tahun pertama kami masih duduk asing di kolej masing – masing.
Isu mula timbul bila soal nafkah zahir sukar untuk suami laksanakan. Bayangkan selepas bergelar isteri, semua beban perbelanjaan atau hutang isteri akan menjadi tanggungjawab suami di mana adalah sangat memaIukan jika si isteri masih lagi nak mintak parents duitkan.
Saya diamkan, tidak bagitahu family. Maka, saya agak terdesak duit makan tak ada, duit bayar kolej, yuran pengajian, kos pembelajaran, dan lain – lain tidak dapat suami lunaskan. Ingat lagi saya sanggup berlapar tak makan berhari – hari (hanya aIas perut dengan air putih dan kadang – kadang mee segera) demi duit cukup – cukup untuk siapkan assignment.
Tak naik motor tapi sanggup jalan kaki sebab nak isi minyak tak ada duit, nak uruskan servis motor setiap dua bulan agak membebankan. Bila saya persoalkan pada suami, suami cakap saya tidak faham situasinya.
Saya suruh dia cari kerja sambilan, pergi lah jugak dia kerja tetapi dia masih Iiat dan malas nak kerja. Bila saya bising – bising, barulah dia kerja tetapi hanya mampu bagi rm50/sebulan pada masa itu.
Sedih sangat masa itu. Rm50 nak tahan untuk semua perbelanjaan mana cukup, so saya ambil inisiatif kerja sambilan di pasaraya. Alhamdulillah lepas sikit nak uruskan kehidupan di kolej tapi masih jugak tahan perut tak makan semata – mata assignment siap, project dan presentation cun giIa sebab nak kekalkan CGPA tak nak bagi jatuh merundum.
Seterusnya, dug4an m4kin mencab4r apabila detik saya pregnant masa akhir pengajian. Seronok sangat masa disahkan hamil 2 bulan oleh doktor. Walaupun belajar + kerja sambilan + jadi isteri orang, rezeki anak dapat jugak time tu walaupun masih duduk asing – asing dengan suami.
Tapi kegembiraan saya tu sementara apabila suami tidak ‘exc1ted’ dengan kehamilan saya. Pada hemat suami, kehamilan ini terlalu awal dan dia belum bersedia. Dia minta saya gugurkan kandungan itu.
Ya Allah!! Dug4an apa ini, tidak tertanggung rasa hati ini menahan s4kit. S4kit ibarat ditik4m berkali – kali!! Saya meIawan, tidak, akan ku jaga kandungan ini sehingga selamat dilahirkan.
Tapi, hati perempuan tidak sekuat mana, tiap hari, tiap malam, tiap saat saya menangis seorang diri. Selalu ke masjid seorang diri, memohon perIindungan untuk anak dalam kandungan semoga kuat dan sihat selalu.
Sebelum kahwin saja kami macam belangkas, selepas kahwin dah tak ada belangkas, dia buat hal dia, saya buat hal saya, disebabkan kekangan masa untuk mencari rezeki masing – masing. Tu yang saya boleh bawa diri sorang – sorang menangis.
Disebabkan menangis teruk, mata lebam, tak makan berkhasiat duit cukup – cukup je, badan pun kurang zat, bila zat tak sampai pada baby, maka saya keguguran teruk. Mc lama, tak pergi kuliah, tak pergi final internship/attachment presentation.
Masa berpant4ng, rasa tawar hati pada suami. Tengok muka dia pun dah benci. Tapi dia masih relax je. Di WhatsApp group, di Facebook, dia seIamba post ‘doakan isteri saya keguguran’.
Saya benci dia buat begitu, macam tunjuk pada semua orang dia suami mithali, macam dia tengah bersedih, padahal bukankah dia yang nak gugurkan kandungan saya? Bukankah dia yang bertekad tak inginkan bayi ini ada?
Sepatutnya dia happy, dia tak sempat lagi bergelar bapa. Pfftt. Saya tr4uma, saya tak nak tengok muka dia, saya mer0yan berbulan lamanya, menangis, mer4ung, ucap pada suami, Kau kej4m!
Sejak itu, memang saya dah bahasakan aku kau pada dia, sama macam apa yang dia bahasakan aku kau pada saya. Badan tak terurus, tapi alhamdulillah masih dapat graduate dengan CGPA yang solid dan awes0me.
Terima kasih Allah! Akhirnya saya redha tentang keguguran itu tapi saya akui perasaan kasih pada suami tidaklah sama seperti dulu – dulu. Sudah berbaki separuh.
Tahun kedua perkahwinan. Dug4an seterusnya meIanda di mana jaminan asal yang seperti suami janjikan kepada ibu dan keluargaku tidak ditunaikan. Suami tidak izinkan saya sambung belajar dengan alasan dia tak boleh bayar pengajian saya (p/s: untuk permulaan memang kena pakai duit sendiri, baru universiti akan bagi biasiswa +/- dapat geran so duit tu akan dapat semula macam tu).
Malah dia berkata, kalau nak sambung belajar sangat usaha sendiri, carik sendiri. Saya diam. Baik, boleh saya usahakan. Saya nak bekerja, tapi dia tak bagi. Berkeras suruh saya pulang duduk serumah dengan family suami di belah pantai timur.
Nak tak nak, saya akur. Ikut ke sana, menetap dengan family mertua bersama suami selepas tamat pengajian ijazah. Bye bye postgraduate!! See you when I d1e. Dug4an tinggal bersama family mertua, seperti biasa, sangat merumitkan.
Dengan keadaan rumah kecil, ada adik beradik lelaki bujang, maka agak sukar untuk saya seorang perempuan untuk menjaga aur4t dan pemakaian. Kalau pakai tudung berlitup, berlengan panjang setiap masa, agak merimaskan.
Ditambah pula dengan bilik kami merupakan tempat akses biasa adik beradik lelaki bujang suami keluar masuk dengan seIamba. Dengan suami masih berper4ngai acah bujang, keluar malam, lepak dengan geng – geng bujang 3-4 pagi baru balik.
Suami selalu tak bagitahu ke mana pergi, malam je terus hilang. Penat nak tahan air muka nak jawab mertua tanya mana suami. Saya tunggu sampai 3-4pagi baru dia balik, baru saya boleh tidur. Kenapa ye lelaki memang begitu ke??
Lepak sakan, lupa pada bini di rumah. Lagi sekali, lemah lutut! Soal nafkah zahir batin memang susah nak cakap. Nafkah zahir tidaklah saya dapat seperti kamu orang sebab hanya kereta saja suami bayar. Yang lain – lain saya bayar sebab saya ada buat bisness kecil – kecilan di rumah.
Kadang – kadang kalau ada makan luar, ada juga suami bayar, tapi selalu saya tukang bayar. Suami tiada pula bagi sebulan sekian sekian ringgit pada saya. Tak pernah. Maka, inisiatif saya untuk carik duit poket sendiri untuk simpanan.
Ada juga suami pinjam duit, beribu – ribu, tetapi bila ditanya, nantilah bayar. Hmmm.. Nafkah batin pula dua tiga kali dalam setahun. Normal ke? sampai sekarang dah masuk tahun ketiga kahwin macam tu juga.
Alasan dia bagi masih tidak bersedia nak ada anak nak ada komitmen sebab tiada kerja tetap, tiada kerja standard bergaji setaraf kelulusan ijazah. Ada je kawan – kawan kahwin lambat dari saya, ok je dah beranak, suami kerja biasa je, tidak tetap.
Tapi lain pula pada suami. Dia kata memang anak tu pembawa rezeki tetapi dia tidak ada kemampuan nak tanggung kos kelahiran, kos berpant4ng, susu, pampers, dan persekolahan anak.
Dia kata lagi, memang nabi muhamad suka umat dia ramai, tetapi kalau ramai tapi tak bagus pun tak guna. Maksudnya suami nak ada anak disaat dia dah stabIe, gaji ok, kerja stabil, ada rumah sendiri, duit kat bank dah banyak supaya kebajikan anak terjaga katanya.
Aduhhhhh.. Tapi naluri saya perIukan anak, perIukan nafkah itu. Salahkah saya tuntut hak saya? Bila saya cakap nak anak, dia akan meIenting cakap saya tidak sabar. Dia cakap saya boleh tinggalkan dia jika saya tidak boleh tunggu dia betul – betul ready.
Senang mulut dia ucap macam tu. Dia pun sudah pernah jatuhkan taIak atas saya disebabkan kedegiIan saya nak anak nak nafkah tapi kami tidak pergi ke pejabat agama, cuma berbaik sendiri. Ikut kata mertua, tidak perlu ke pejabat agama jika talak kecil (talak satu dan dua).
Entahlah, saya menurut sahaja. Paling meny4kitkan hati saya, apabila orang tanya suami dah ada anak belum. Suami jawab “belum ada rezeki sebab isteri s4kit senang gugur”. Saya gugur haritu sebab str3ss, pr3ssure bila suami tak nak anak tu.
Kenapa senang je mulut dia cakap macam tu. Kenapa tidak cakap dia tak nak anak dulu, merancang? Cara dia menjatuhkan maru4h saya sebagai perempuan yang dambakan seorang anak!! Tambah p3rit hati apabila orang luar, mak cik mak cik bawang tanya kepada saya, dah ada anak belum?
Ada dua sisi cara saya jawab dan ini kata – kata makcik bawang yang cantik sangat.
1) Saya : belum ada rezeki. Makcik bawang : sabarlah, tak pergi urut ke, kesian tak ada zuriat lagi, takut suami cari lain sebab nak kan anak, awak ada buat solat hajat mintak pada Allah tak, awak ada bagi sedekah tak, sebab sedekah tu boleh buat rezeki anak sampai pada kita, ada mohon maaf pada semua orang mana tahu awak ada d0sa, yada yada yada..
2) Saya : Kami merancang, kak. Makcik bawang : Eh, dah kenapa pulak kau nak merancang? Orang nak anak, kau tak nak pulak, nak maintain badan ke camner. Orang kata kalau merancang nanti Allah marah, Allah tak nak bagi kita anak bila kita berkehendak tau!….. Maka saya pun menc4rut dalam hati. #bukanakutapidia
Oh ya, ibu dan family beIah saya pun bertanyakan jugak. Mula – mula tu biasalah, segala soalan berjaya ditepis. Tapi nak tutup sampai bila, akhirnya saya terlepas cakap yang suami belum ready nak berkeluarga besar (ada anak).
Ibu marah mengatakan suami pelik, macam nak siksa batin saya pulak. Satu per satu soalan ibu tanya, nafkah batin macammana? Nafkah zahir duit makan macammana? Kerja tak?
Saya jawab yang sebenarnya berlaku sebab pada saya, ibu sahaja tempat saya berg4ntung harap, bertanya apa yang perlu buat, baik dan buruk, orang tua kan banyak makan garam.
Lagi – lagi kes ibu dan ayah, soal nafkah semua, mesti ibu lebih arif dan tahu menasihatkan kami.
Pilih antara ibu atau suami. Tapi benda jadi par4h bila ibu mula ser4ng suami. Per4ng besar berlaku. TaIak lagi satu jatuh. TaIak dua guys. Suami bagi pilihan, dia atau family.
Dengan berbaki satu taIak sahaja tinggal, saya memilih suami. Dengan harapan, dapat menggapai syurga diakhir4t kelak (seperti dalam tazkirah suami sampaikan pada saya), maka saya memilih untuk jadi isteri taat, solehah, menurut kata, tak mempersoalkan apa – apa pada suami tentang pemergiaannya ke mana, dengan siapa, untuk apa, semua zero.
Saya hanya isteri dalam kertas. Saya diIarang pulang menjenguk ibu dan family dikampung apatah lagi berhubung secara kerap dengan mereka. Putvs segala WhatsApp, segala fb contact masa itu. Suami akan cek phone saya tetapi saya tak boleh saya tengok phone dia.
Alasan dia tak bagi pulang kampung, ibu dan family saya tukang hasut saya jadi kurang ajar, jadi degiI. Bod0hnya saya akur. Masih ingat lagi ibu menangis teruk melihat saya ditarik masuk kereta untuk pulang ke rumah mertua.
Last dan tidak berjumpa lagi. Ibu ada jugak WhatsApp, call mencari saya tetapi saya terp4ksa ignore. Ada juga sempat membaIas berhubung secara sembunyi – sembunyi. Lepas baca, deIete semua. Sedih. Rindu. Kesal. Maaf.
Itu yang mampu ucapkan dalam hati pada family saya. Sekarang apa yang berlaku di kampung saya, saya tidak tahu menahu sangat hanya tahu sedikit saja apabila ibu inform apabila suami tiada.
Apabila tengok gambar sed4ra mara, atok nenek, ibu, akak – akak, abang – abang, anak saud4ra yang ibu forward, baru tersedar terlalu banyak kisah yang saya tertinggal, jauh, sangat jauh. Ibu dah tua, sempat entah tidak dapat berjumpa dengan dia lagi.
Sabarlah hati. Doakan saya tabah. Cuma saya nak pesan pada bakal suami, tunangan orang kat luar sana, kalau belum ready nak ada anak, nak berkeluarga besar, nak ada impian kerja stable gaji besar, maka persiapkanlah diri dulu.
Jangan buat naya anak dar4 orang. Kalau sebelum kahwin memang dah berbincang dengan pasangan sekian – sekian, turutilah. Jangan ignore janji yang dah dikotakan. Layanilah family mertua seperti family sendiri.
Nasihat mereka walaupun p3dih, gan4s, tangkap leleh, tapi kena dengar. Lelaki jangan jadi eg0. Berkuasa tapi saIah guna kuasa. Menjadi pemimpin tidak semestinya betul sentiasa, ada jugak silap percaturan dalam rumah tangga.
Isteri tulang belakang si suami, pendapat isteri kena didengari jugak. Pendapat family kita pun perlu dititikberatkan. Kita bukan tuhan. Doakan saya. Semoga saya tabah jika ini takdir yang Allah bagi. Doakan semoga suami saya terbuka hati untuk menimang cahaya mata, dan menerima family saya seperti family dia jugak. Wallahualam. – Syurga bukan percuma, b1sakah aku?
Komen Warga FB:
Fab-Reydah Ida : Kalau aku ada anak perempuan macam confessor mesti aku rasa menyesal lahirkan dan besarkan dia bermula sifat degil masih belajar tapi gatai nak kahwin.
Duit tak ada tapi merenyam ikut cakap jantan ajak kahwin. Kalau jantan tu nampak usaha hidup dan dah kerja tak ape jugak. Ini sebab jantan rajin belajar dan belajar tinggi terus pikir boleh buat laki.
Tapi nak hidup perlu duit bukan setakat belajar jer. Rugi beIa confessor elok – elok dari kecik tapi lepas jumpa jantan jadi nothing!! Maaf terkasar tapi ini pendapat aku.
Nasihat aku, since TT tak ade anak lagi, beIah je dari hidup laki tu. Sampai bila nak hidup camni? Umur sem4kin tua.
Nadiah Razali : Meruapnya aku baca cofession ni. Bangkai punya per4ngai jantan, seri0usly, tinggalkan jela. Jantan macam tu tak akan berubah. Sayang diri sendiri dulu dari sayang jantan tak guna macam tu.
Kalau tak ada orang nakkan pun, at least u boleh hidup bahagia dengn family u. Bresyukur sebab tak ada anak. Kesian kat anak sebab dapat ayah tak guna.
Radin Arishah : Mendidih dar4h baca kisah awak konfessor, sebab nampak macam awak sengaja cari susah pilih untuk bersama dengan laki yang tak menghargai dan tak tahu tanggunjawab. T
api, terima kasih la kerana sudi berkongsi cerita supaya siapa – siapa yang gaIak nak kawin awal tu boleh buka mata pada realiti kehidupan. Awak kena berubah dik, sebab laki awak tu tak akan berubah.
Kalau awak kekal nak hidup dalam ner4ka dunia begini, bukan salah laki awak dah.
Noradila Ismail : Tatau nak kata apa sebab ibu awak dah sehabis tolong awak, tapi awak yang reIa begitu. Jadi, begitulah. Heran ya, kenapa tak fikir risik0 berkahwin sebelum kerja?
Memang seronok, memang faham jod0h, tapi kena ada perancangan supaya tak jadi macam ni la. Kawen bukan mudah, jadi apa – apa bukan diri kita seorang terlibat.
Maria Maswardi : Kak. Awak bod0h. Sebab awak memilih syurga yang suami awak ajar dekat awak tapi awak lupa yang syurga tu juga di bawah telapak kaki ibu.
Belajar tinggi – tinggi tak ada guna juga kalau bong0k macam ni. Panas pula aku baca confession dia ni. Kalau perempuan ni depan aku, aku Iempang laju – laju. Haiiisssshhhhh