Cara Delete Akaun Instagram Tutup Padam Deactivate

“Nak detoxdaripada akaun Instagram (IG), tapi macam mana ya? Boleh ke nak disableakaun untuk sementara waktu je, atau akaun akan hilang permanently? Kalau aku disableakaun sekejap, followersakan hilang ke tak? Atau, kalau aku disableakaun aku berapa lama akaun itu boleh bertahan? Paling penting, macam mana cara deleteakaun Instagram yang mudah?

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa mahu tutup akaun Instagram?
Tak perlu lah pening-pening fikir masalah nak detoxdaripada akaun IG. Entri kali ini bertujuan untuk menjawab semua persoalan yang bermain difikiran anda dan dengan featuredisableakaun sementara yang ditawarkan oleh pihak IG ini boleh lah anda berehat sebentar dari alam maya.

Kehidupan selepas padam akaun Instagram
Gunakan masa dan peluang keemasan ini untuk ME time, bonding timedan quality timebersama keluarga, anak-anak dan orang tersayang.

Atau mungkin juga anda ingin memulakan sesuatu perniagaan atau projek baru tapi akaun Instagram anda belum lengkap untuk dipamerkan.

Oleh itu, melalui featuredisableakaun sementara ini, boleh lah membantu anda membuat persiapan yang sepatutnya terlebih dahulu.

1. Baca Ini Sebelum DeactivateInstagram
1. Apabila anda disable akaun IG anda: profil, komen, gambar dan likesakan disembunyikan sehinggalah anda re-activateakaun anda semula;
2. Jika anda ingin disableakaun anda buat pertama kali, IG akan membiarkan akaun anda bertahan sehingga lah anda re-activatesemula akaun anda TETAPI jika anda kerap disableakaun anda, pihak IG akan beri masa dalam hari untuk anda re-activatesemula akaun anda. Kalau tidak, ucapkan lah selamat tinggal buat akaun tersebut;
3. Jangan bimbang, anda tidak akan kehilanganfollowerskalau anda disable akaun IG anda untuk sementara waktu, malahan mereka tak tahu pun;
4. Disableakaun sementara tidak akan menjejaskan usernameatau akaun IG anda sama sekali;
5. Apabila anda dah readyuntuk re-activatesemula IG anda, loginseperti biasa dan akaun anda akan diaktifkan semula;
6. TETAPI, kalau anda Deactivate/ Deleteakaun IG anda, anda TAK BOLEH mendapatkan akaun yang sama semula, dan anda juga tidak dibenarkanuntuk menggunakan usernameatau akaun yang sama.

2. Cara DeleteAkaun Instagram Sementara (Temporary)
1. Log-in ke akaun Instagram anda menggunakan browserdi instagram.com, aplikasi IG di dalam telefon pintar anda tidak boleh digunapakai untuk tujuan ini;
2. Klik pada “Edit Profile”;
3. Kemudian, klik Temporarily Disable My Account dan kemudiannya anda perlu menjawab soalan mengapa anda ingin disable akaun IG anda;
4. Pilih jawapan melalui drop-down menuyang disediakan dan akhir sekali tekan butang Temporarily Disable My Account dan puffff anda kini bebas daripada akaun IG anda;
5. Nanti bila dah ready, loginseperti biasa.

3. Cara Nak Delete Akaun Instagram Secara Kekal (Permanent)
Manakala, jika anda ingin deactivate/ deleteterus akaun IG anda berikut adalah cara-caranya:

1. Gunakan browseranda dan layari portal Delete Your Account Page, masukkan usernamedan passwordanda;
2. Kemudian anda dikehendaki menjawab soalan mengapa anda ingin delete akaun anda dengan memilih pilhan jawapan yang disediakan di drop-down menuseperti di bawah;
3. Pihak IG akan cuba memberi solusi kepada reasonyang anda utarakan, akan tetapi jika anda telah membuat keputusan anda teruskan proses ini dengan menekan butang Permanently delete my account;

Akhir kalam
Semoga entri tentang cara deleteakakun Instagram ini dapat menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anda tentang isu ini dan semoga ianya dapat menjadi salah satu solusi kepada permasalahan yang anda alami.

Semoga bermanfaat.