Cara Gugurkan Kandungan Awal Apa Hukumnya Adakah Haram
Cara gugurkan kandungan awal telah menjadi pencarian ‘hot topik’ menerusi Google. Namun, hukumnya apa? Haram atau makruh? Jawapannya di sini.
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan Cara gugurkan kandungan awal di atas faktor kesihatan selalunya akan diberitahu oleh pakar kesihatan kepada seseorang wanita yang membuat keputusan ini. Mengikut hasil carian di ‘Google trends’, data menunjukkan terlalu ramai yang mencari maklumat mengenai cara nak gugurkan kandungan 1 bulan, ubat gugur kandungan, dan topik lain yang berkaitan dengannya.
Persoalannya, apakah punca yang menjadikan data ini begitu tinggi? Bolehkah sebenarnya menggugurkan kandungan? Apa hukumnya?
Terdapat khilaf dalam kalangan ahli ulama’ dalam hukum menggugurkan kandungan ini. Ada dua keadaan yang sebenarnya jatuh dalam hukum haram dan jatuh dalam hukum harus atau makruh.
Cara Gugurkan Kandungan Awal: Hukum Gugurkan Kandungan Dalam Islam
> Memetik kenyataan Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum gugurkan kandungan ini, “Yang pastinya tiada khilaf antara ulama berkenaan kandungan yang sihat berusia empat bulan atau lebih 120 hari digugurkan jatuh dalam hukum HARAM jika tiada sebab darurat,” katanya.
Tambahnya lagi “Kandungan yang mencecah usia 4 bulan telahpun ditiupkan roh, yakni sudah bernyawa, jadi HARAM untuk kita membunuh kandungan yang sudah bernyawa. Dan kategori dosa ini adalah dosa besar.
Melainkan jika kandungan itu kurang dari usia 4 bulan yang mana ia dianggap masih tidak bernyawa maka timbul perselisihan antara para ulama, ada yang menyatakan ia makruh dan ada menyatakan ia haram.
Bagi menjelaskan lagi mengenai perkara ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan mengenai hukum menggugurkan kandungan dalam Islam.
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan #1. Cara Gugurkan Kandungan Awal: Situasi Pertama – Usia kandungan lebih daripada 120 hari
Para jumhur fuqaha’ telah bersepakat mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiupkan ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 8/233; Nihayah al-Muhtaj, 8/422; Al-Insof, 1/386; Hasyiyah al-Dasuqi, 2/367).
Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan berdasarkan hadis Ibnu Mas’ud yang telah disebutkan sebelum ini. (Rujuk: Fathul Bari, 11/588).
Ia dianggap melakukan jenayah terhadap makhluk yang hidup, sempurna dan bernyawa tanpa sebarang alasan munasabah. (Rujuk: Syarah Sunan Ibn Majah, 5/9; Syarh Zad al-Mustaqni’,7/325).
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan #2. Situasi Kedua – Usia kandungan kurang daripada 120 Hari
Menggugurkan anak atau janin yang berada di dalam kandungan sebelum ia berusia empat bulan adalah termasuk dalam perkara yang diperselisihkan hukumnya di sisi para fuqaha. Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram.
Malah ramai sebenarnya pasangan berkahwin yang ingin tahu cara gugurkan kandungan awal. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Manakala sebahagian lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus sekiranya terdapat keuzuran.
Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka lebih cenderung kepada pendapat majoriti fuqaha berkenaan pengharaman menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada empat bulan. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 8/416; Al-Mughni, 7/816; Al-Syarh al-Kabir, 2/ ).
#1. Menggugurkan kandungan atas faktor kesihatan adalah harus
> Majoriti ulama’ menyatakan keharusan menggugurkan kandungan samada usia kandungan kurang daripada empat bulan atau lebih jika kehamilan tersebut berpotensi besar untuk mengancam nyawa si ibu.
Sebagai contoh, kehamilan di luar rahim, kehamilan bagi pesakit yang menderita penyakit kronik seperti kanser dan HIV. Pendapat ini adalah berdasarkan kepada prinsip Usul Fiqh yang menyatakan:
إذا تعارضت مفسدتان رُوعي أعظمُهما ضررًا بارتكاب أخفهما
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan Maksudnya: “Jika terdapat dua jenis mudarat, maka hendaklah diraikan mudarat yang lebih besar dengan mengambil mudarat yang lebih ringan”. (Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazair, hlm 87; Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, hlm 203).
Dalam situasi sebegini, nyawa kedua ibu dan anak sama penting dan berharga. Namun, seandainya pilihan terpaksa dibuat di antara nyawa ibu yang sudah jelas hidupnya, maka ia perlu lebih diutamakan berbanding bayi yang belum pasti keupayaan hidupnya.
Islam adalah agama yang realistik dan fleksibel. Dalam situasi di mana berlakunya darurat yang sangat mendesak, maka ada kelonggaran diberikan untuk ‘keluar’ daripada prinsip asal yang mungkin tidak membenarkan. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 5/301; Al-Bahr Al-Raiq, 8/233).
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang telah diputuskan pada 7 Mac 1990 ada menyatakan berkaitan persoalan hukum mengugurkan kandungan di atas nasihat doktor disebabkan kecacatan.
Secara ringkasnya, fatwa tersebut menyatakan: Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan #2. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari
Sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami isteri.
#3. Ijmak Fuqaha’ berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus
sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
> Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Fatwa ini juga selari dengan ketetapan daripada Majma’ Fiqh al-Islami yang menyatakan: “Sekiranya kandungan itu berusia 120 hari, maka haram hukumnya menggugurkannya, sekalipun ia didapati terdapat kecacatan, melainkan sekiranya mendapat pengesahan daripada pakar perubatan bahawa kandungan itu boleh menjejaskan nyawa ibu, maka ketika itu harus menggugurkannya kerana memelihara nyawa ibu lebih diutamakan”. (Rujuk: Qarar Majma’ al-Fiqh al-Islami, No 277).
> Jadi kesimpulannya mudah saja, jika timbul kemudaratan kepada ibu dan bayi maka DIHARUSKAN untuk menggugurkan kandungan walaupun usia kandungan sudah melebihi empat bulan. Kerana nyawa ibu mesti diutamakan.
Jika janin berusia kurang daripada 40 hari adalah MAKRUH jika digugurkan dan mendapat persetujuan suami isteri. Jadi anda boleh rujuk kepada doktor untuk cara gugurkan kandungan awal.
Seterusnya adalah HARUS digugurkan kandungan yang berusia KURANG 120 hari jika bayi didapati cacat dan berpenyakit serta boleh mengancam nyawa ibu. Namun apa-apa pun anda seharusnya mendapat nasihat pakar terlebih dahulu tentang cara gugur kandungan ini.
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan Tips Merawat Emosi Setelah Terpaksa Gugurkan Kandungan
Tidak dapat dinafikan bahawa apabila seseorang wanita itu terpaksa melakukan proses menggugurkan kandungan, ia sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan yang teruk kepada emosi seseorang. Ini termasuk buat pasangan yang sudah sekian lama menanti-nantikan ketibaan cahaya mata di dalam hidup mereka.
Jadi, apa perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah emosi setelah menggugurkan kandungan?
#1. Benarkan diri anda untuk bersedih
Kesedihan yang dirasai oleh seorang wanita yang baru menjalani prosedur menggugurkan kandungan sememangnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Oleh disebabkan itu, wanita yang melalui keadaan seperti ini disarankan untuk membenarkan diri anda untuk bersedih dalam beberapa tempoh selepas kehilangan sesuatu yang amat berharga, iaitu bayi.
Jangan sesekali memaksa diri untuk menjadi kuat. Itu hanyalah sebahagian proses kesedihan yang mungkin tidak dapat dielakkan. Jangan risau, menangis jika perlu melepaskannya, jika anda memiliki ‘support system’ yang kuat, adalah lebih baik.
#2. Berikan tubuh dan minda anda masa untuk kembali sembuh
“Time heals”, antara pepatah yang perlu diterapkan di dalam minda seseorang.
Masa pasti akan menentukan segalanya, ia juga merupakan ubat yang terbaik untuk kesemua perkara yang dialami oleh seseorang. Dalam keadaan seperti ini, tubuh wanita akan mengambil masa untuk kembali normal seperti sedia kala. Begitu juga dengan kesihatan minda dan emosi wanita tersebut.
Mungkin hari ini anda akan berasa okay, tetapi keesokan harinya anda akan kembali berasa kesedihan menyelubungi. Itu adalah normal, akan ada ‘ups and downs’ untuk keadaan seperti ini. Malah, ada sesetengah wanita yang lantas ingin melakukan perubahan besar yang baharu untuk memulakan kembali hidupnya.
Walau bagaimanapun, anda dinasihati untuk tidak tergesa-gesa dalam melakukan apa jua perkara yang besar di dalam hidup. Ambil masa untuk pulih terlebih dahulu, ya?
#3. Luahkan perasaan kepada individu yang anda percayai
Perkara ini mungkin sukar untuk dilakukan oleh segelintir individu, ini kerana topik yang ingin dibangkitkan ini begitu sensitif untuk diketengahkan begitu sahaja. Bukan semua orang yang boleh anda percayai untuk berkongsikan perkara seperti ini.
Namun, di dalam dunia ini pasti ada beberapa kenalan atau ahli keluarga yang anda percayai. Oleh itu, ceritakan kesemuanya kepada mereka. Luahkan segala yang terpendam dari sudut hati anda, menangislah sepuas-puasnya agar ia tidak terbuku di hati. Sekiranya anda belum bersedia untuk melakukannya, ambil pen dan tulis di atas kertas tentang apa yang anda rasai dan bermain di fikiran anda selama ini.
Berapa Lama Boleh Hamil Kembali Selepas Gugur?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk menunggu sekurang-kurangnya enam bulan selepas keguguran atau menggugurkan kandungan. Ini untuk mengurangkan risiko dan akibat buruk kepada wanita. Malah, penemuan keseluruhan menunjukkan bahawa hamil semua lebih kurang enam bulan selepas keguguran tidak dikaitkan dengan hasil kehamilan yang buruk.
Untuk keadaan perubatan pula, anda mungkin boleh menunggu sebelum mencuba untuk hamil semula jika keguguran disebabkan oleh keadaan seperti:
* Gangguan imunologi
* Serviks yang tidak cekap
* Sindrom ovari polikistik (PCOS)
* Masalah tiroid
* Diabetes yang tidak terkawal
* Keabnormalan rahim
Berapa Lama Perlu Elak Bersama Suami Selepas Keguguran?
Soalan ini kebiasaanya tiada jawapan yang tepat diberikan. Ini kerana kebiasaannya, doktor akan memberikan nasihat kepada wanita yang keguguran untuk menunggu sehingga mereka benar-benar bersedia untuk kembali melakukan hubungan intim bersama suami. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor fizikal dan emosi seseorang.
Pakar turut menjelaskan bahawa dari perspektif perubatan dan praktikal, perkara utama adalah untuk memastikan kehamilan telah berlalu sepenuhnya. Selain itu, adalah penting untuk memastikan bahagian serviks telah tertutup dan tiada peningkatan risiko yang boleh mendatangkan jangkitan. Ia bergantung kepada waktu menggugurkan/keguguran berlaku dalam tempoh kehamilan serta berapa cepat badan seseorang wanita itu pulih.
Apa jua jawapan yang diberikan, perkara paling penting adalah sama ada si isteri bersedia atau tidak. Para suami perlu memainkan peranan untuk sentiasa menyokong apa jua keputusan dan keadaan yang dihadapi oleh isteri di waktu sukar seperti ini.
Semoga artikel ini bermanfaat.
> Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
> Baca juga:Keguguran: Punca dan tanda-tanda keguguran yang anda patut tahu
> Baca juga:Nenas, Betik, Tebu, Air Kelapa, Durian Bukan Penyebab Keguguran Ibu Hamil! Ini Penjelasan Doktor
> Baca juga:Jenis Makanan Yang Baik Diambil Setelah Keguguran, Penuh Khasiat & Bantu Ibu Sihat!