Cara Membuat Alamat Email Id Paling Mudah Dan Cepat

Ramai juga call saya “Hairul, akak nie orang lama, mana laa ada email” Dalam hati saya, macam la susah sangat buat alamat email. “So macam mana akak nak dapatkan ebook free hairul niee”. Sebenarnya senang jee laa nak membuat email nie. Cara nya memang mudah. Lagipun ianya percuma. Nak senang lagi, saya sediakan panduan step by step di dalam artikel nie.

Ada banyak syarikat menyediakan perkhidmatan buat email percuma nie. Yang senang dan mudah ialah Hotmail dari syarikat Microsoft. (Sekarang dikenali Outlook). Boleh buat email melalui laman webnya di atau Syarikat Microsoft memang terkenal, reliable dan boleh dipercayai. Alaa.. syarikat yang buat window 7 dan window 8 tu.

Panduan Cara Membuat Email
Langkah 1: Masuk ke dalam laman web atau Seterusnya Klik link “Don’t have Microsoft account, Sign up now”. Lokasi linknya ada dalam gambar di bawah:

Langkah 2: Inilah borang untuk membuat email baru di hotmail/outlook. Cara nya mudah sahaja. Anda hanya perlu masukkan nama, username, password, alamat rumah, tarikh lahir, jantina, no handphone. Selepas siap semua, klik button ‘Create Account’

Langkah 3: Sekarang alamat email anda telah siap. Mudah kan cara nya. Seterusnya klik ‘Continue To Inbox’ untuk masuk ke dalam inbox email id anda.

Langkah 4: Inilah rupa bentuk email hotmail/outlook anda. Menu yang kerap kita guna ialah folder ‘Inbox’ dan menu ‘New’. Jika anda ingin menghantar email kepada rakan, klik link menu ‘NEW’ di atas sekali.

.

Cara Hantar Email Kepada Rakan
Langkah 1: Sekarang kita cuba cara hantar email kepada orang lain. Tapi untuk testing, kita hantar pada diri sendiri. Ok klik link menu ‘NEW’ dan ia akan membawa ke laman web seperti dalam gambar di bawah. Selepas siap isi alamat email id, tajuk dan isi kandungan, klik link menu ‘SEND’ untuk email dihantar.

Langkah 2: Selepas beberapa minit, klik pada link folder ‘INBOX’ untuk melihat email terbaru diterima. Seterusnya klik pada tajuk email yang baru diterima untuk membuka emailnya.

Langkah 3: Untuk membalas email, anda hanya perlu klik menu ‘Reply’. Jika email yang diterima adalah spam atau tidak diundang, klik link menu ‘JUNK’ untuk ia ditempatkan ke dalam folder ‘JUNK’.

Sekarang anda mampu membuat email sendiri. Mudahkan cara nya. Untuk fungsi menu dan folder yang lain, anda boleh godek-godek untuk melihat fungsinya.
.

Cara Dapatkan Ebook Percuma Hairul
Ebook percuma ini dihantar ke dalam email anda. So pastikan anda telah membuat email. Jika belum, follow je tutorial cara untuk membuat email di atas tadi.

Langkah 1: Di bahagian kanan blog ini ada ebook percuma tersebut. Anda hanya perlu masukkan nama dan alamat email anda. Seterusnya klik button submit untuk ia proses dan hantar ke email anda.

Langkah 2: Seterusnya masuk ke dalam email hotmail/outlook anda. Buka laman web Masukkan alamat email id dan password. Seterusnya klik Sign In.

Langkah 3: Klik pada folder “Inbox” dan klik pada tajuk email ‘Sahkan email ini’ dari Hairul Hissam tu.

Langkah 4: Di dalam email, klik link Confirm untuk mengesahkan email tersebut kepunyaan anda. Sebab anda kemungkinan orang lain memasukkan alamat email anda pada langkah satu tadi.

Langkah 5: Seterusnya tunggu dalam 1-2 minit, sebelum email baru diterima. Klik pada folder ‘Inbox’ untuk check email terbaru. Jika anda, klik pada tajuk email itu untuk membukanya.

Langkah 6: Ebook percuma ada pada attachment di dalam email tersebut. Anda hanya perlu klik pada kotak attachment tersebut. Dan apabila box keluar, klik Ok untuk ia save atau download ebook percuma ke dalam komputer anda.

Langkah 7: Biasanya ia automatik akan save atau download ke dalam folder download di komputer anda. Cari folder ‘Download’ dan double click Ebook Kek Batik untuk membukanya.

Saya harap, sekarang anda telah tahu cara membuat email dan cara mendapatkan ebook percuma saya. Cara nya memang mudah sangat lah. Anda hanya perlu follow step by step seperti gambar di atas untuk membuatnya. Nasihat saya, jika anda menggunakan internet, anda wajib memiliki email id anda sendiri kerana banyak kegunaannya.