Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar Ini Tip Dan Puncanya

#5 Pencegah kehamilan
Kontraseptif hormon yang anda amalkan juga mungkin menyumbang kepada pendarahan haid yang ringan.

Ini kerana, beberapa jenis pencegah kehamilan menghalang telur daripada ‘dibebaskan’ di dalam badan.

Kaedah ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, antaranya merangkumi:

* Pil
* Tampalan
* Cincin
* Suntikan

Apabila badan anda tidak lagi melepaskan telur, rahim juga tidak menghasilkan lapisan tebal.

Ini boleh mengakibatkan aliran yang lebih ringan atau haid yang dilangkau sama sekali.

Bukan itu saja, anda juga mungkin bakal alami haid yang tidak teratur jika baru memulakan atau berhenti mengambil pencegah kehamilan, baru-baru ini.

#6 Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar: Tekanan/stres
Tahukah anda, apabila kita mengalami tekanan, otak berupaya mengubah hormon kitaran haid?

Ya, benar sekali! Hal inilah yang membuatkan anda mungkin mengalami haid yang dilangkau atau aliran pendarahan lebih ringan.

Setelah tempoh atau perkara yang membuatkan anda tertekan berlalu, haid akan dapat kembali normal!

#7 Sindrom ovari polisistik (PCOS)
Jika anda mengalami haid yang tidak teratur atau tidak ‘datang bulan’ sama sekali, itu mungkin angkara PCOS!

Kondisi ini memicu perubahan hormon dalam badan anda, menyebabkan telur berhenti mematang.

Perubahan hormon ini juga boleh:

* Mengakibatkan jerawat
* Menyebabkan bulu muka tumbuh berlebihan
* Menyebabkan kemandulan
* Mengubah berat badan dan membawa kepada kegemukan

Doktor anda dapat mendiagnosis PCOS melalui penggunaan ultrasound. Ini kerana PCOS menyebabkan sista terbentuk di ovari anda.

Jika anda ternyata memiliki PCOS, doktor mungkin akan mengesyorkan anda untuk menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif, sebagai usaha mengembalikan haid menjadi normal.

Selain itu, doktor juga boleh mempreskripsikan metformin. Ubat ini biasanya diberi kepada penghidap diabetes jenis 2, tetapi kadangkala digunakan sebagai rawatan wanita PCOS.

Oleh itu, apakah cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar?