Doa Dan Cara Solat Dhuha Ringkas Rumi

Solat Dhuha mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Ia dilakukan pada waktu matahari baru terbit. Solat sunat inin dianggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh badan manusia.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Setiap sendi pada tubuh badan kamu perlu bersedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat. – Hadis Riwayat Abuu Zar

Daripada Abu Hurairah ra katanya: Kekasihku Nabi Muhammad SAW berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, puasa tiga hari dari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan aku solat witir sebelum aku tidur. – Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Aisyah ra: Rasululllah SAW solat dhuha empat rakaat, dan Baginda menambah mengikut apa yang Baginda suka. – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Ummu Hani binti Abi Talib: Sesungguhnya Rasulullah SAW pada hari pembukaan Makkah, sesungguhnya Baginda solat sunat dhuha lapan rakaat, dan Baginda memberi salam setiap selepas dua rakaat. – hadis Riwayat Baihaqi

Dalil Hadis Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Daripada An-Nawas bin Sam’an, katanya aku mendengar Rasulullah mengatakan, Allah menjelaskan, maksudnya: Wahai anak Adam, jangan kamu tidak berupaya mengerjakan empat rakaat dhuha pada awal siang. Sekiranya engkau laksanakannya, nescaya Aku pelihara kamu pada petang hari itu – Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmizi.

Daripada Uqbah bin Amir, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang bermusafir ketika matahari sedang naik, berwuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat, nescaya diampunkan segala dosanya. Dia menjadi bersih daripada dosa seperti budak yang baru dilahirkan ibunya. – Hadis Riwayat Abu Ya’la

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Setiap manusia dilengkapi dengan 360 tulang sendi. Dia mesti mengeluarkan sedekah bagi setiap sendi. Sahabat bertanya, ‘Siapakah yang mampu berbuat demikian wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang menghapuskan kahak dengan mengambusnya dengan tanah di dalam masjid ataupun saudara membuang sesuatu yang menggangu orang di jalan. Sekiranya kamu tidak mampu melaksanakan perkara itu, maka tunaikan solat dua rakaat dhuha. Ia dapat melunaskan semua sedekah itu.’ – Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Rasulullah bersabda, maksudnya: Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. Bagi melunaskan kewajipan itu, ketahuilah bahawa setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Namun, semua itu tertunai dengan mengerjakan dua rakaat solat sunat dhuha. – Hadis Riwayat muslim

Waktu Solat Dhuha

Waktu solat sunar dhuha bermula ketika matahari berada pada ketinggian 3 meter atau 22.5 darjah, iaitu pada pukul 8.15 pagi hingga masuk waktu zuhur. Waktu paling afdal ialah pada ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah iaitu 1/4 daripada waktu siang.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha

Solat dhuha ini dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat dan sebanyak-banyak 12 rakaat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sekiranya kamu bersolat dhuha dua rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang lupa. Sekiranya kamu bersolat empat rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang baik. Sekiranya kamu bersolat enam rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang beribadah. Sekiranya kamu bersolat lapan rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang berjaya. Sekiranya kamu bersolat sepuluh rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang berdosa pada hari itu. Sekiranya kamu bersolaty dua belas rakaat, maka Allah akan membina sebuah rumah untuk kamu di dalam syurga. – Hadis Riwayat al-Baihaqi

Baca: Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

Cara Solat Dhuha Ringkas (2 Rakaat)

1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat Solat Sunat Dhuha yang ingin didirikan.

2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’ sambil berniat ‘Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala‘

3.Membaca Surah Al Fatihah

4.Membaca Surah Al Syam atau Surah Al Kafirun

5.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

6.Iktidal

7.Sujud pertama

8.Duduk antara dua sujud

9.Sujud Kedua

10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’

1.Membaca Surah Al Fatihah

2.Membaca Surah Ad Dhuha atau Surah al Ikhlas

3.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

4.Iktidal

5.Sujud pertama

6.Duduk antara dua sujud

7.Sujud Kedua

8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir

9.Memberikan salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Palingkan muka ke sebelah kiri, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Kepada mereka yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama dan seterusnya.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Dhuha Cara Solat Dhuha