Ibu Bapa Kenali Simptomnya Rawat
* Brokoli
* Buah pear
* Buah prun
* Buah peach
* Epal tanpa kulit
Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.
3. Berikan puri sebagai cara mengatasi bayi sembelit
Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di atas dalam bentuk puri.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.
4. Kuantiti air
Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda daripada terhidrat.
Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.
Jika jus rasa terlalu manis atau kuat untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya.
Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.
5. Banyakkan pergerakan- cara mengatasi bayi sembelit
Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan di dalam usus.
Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.
6. Urutan
Cara merawat bayi sembelit paling mudah? Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda boleh membuang air besar.
Bagaimana jika masih tidak berjaya?
Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. Namun jika masih tidak berjaya, terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda gunakan.
Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.
Teknik-teknik ini termasuk:
Glycerin suppository
Jika bayi anda mempunyai tanda seperti najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.
Ia boleh dibeli di farmasi dan digunakan di rumah. Ikuti arahan pada paket jika ia untuk bayi anda yang berusia 2 tahun ke atas atau bertanyakan kepada doktor sebelum menggunakannya jika ia adalah untuk bayi anda di bawah usia 2 tahun.
Laksatif
Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi.
Jika ingin menggunakan cara merawat bayi sembelit ini, berbincang dengan doktor anda dahulu sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.
Pakar pediatrik
Sekiranya anda keliru atau merasa bimbang, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor kepada bayi anda bagi mendapatkan kepastian.
Dalam kebiasaan kes, cara mengatasi bayi sembelit akan dapat diatasi dengan sendirinya atau dengan rawatan semula jadi.
Jika strategi tersebut masih tidak berfungsi, sila dapatkan nasihat atau cadangan daripada doktor.
Doktor anda juga akan dapat membantu melihat simptom atau tanda lain seperti demam, yang boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih besar yang memerlukan rawatan perubatan lanjut.