NIAT CARA SOLAT SUNAT HAJAT Panduan Lengkap

Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat.

Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.

Apa yang menarik:

Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Pengenalan
Maksud Solat Hajat
Apakah maksud Solat Hajat?

Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan atau memohon sesuatu.

Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.

Oleh itu, Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.

Allah berfirman:

> Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

— Surah Ghafir ayat 60
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:

> Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi

— Riwayat al-Hakim no. 1218
Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat dan permohonan kepada Allah.

Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan memperkenankan doa yang kita hajati.

Waktu Solat Hajat
Bilakah waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat?

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada siang dan malam, kecuali pada waktu yang diharamkan solat.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

— Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.

Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.

Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

Niat Solat Hajat
Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya:

> Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Solat Hajat
Berapakah bilangan rakaat bagi Solat Hajat?

Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa.

Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.

Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.

Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab ihya’ Ulumuddin)

Bagaimana cara mengerjakan Solat Hajat?

Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dan cara solat hajat.

Tetapi walaupun begitu, kaedah atau rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat yang lain

Di bawah ini merupakan salah satu kaedah untuk melaksanakan solat sunat hajat:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Hajat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:

Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

> Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihahadalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

3. Kemudian, Ayatul Kursi

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula potongan ayat daripada surah al-Baqarah ayat 255 (ayat Kursi) sebanyak 7 kali (atau mana-mana surah al-Quran)

> Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain selain daripada ayat Kursi

4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi Duduk IstirahatRakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbirintiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membacaal-Fatihah, maka bacalah pulasurah al-ikhlas:

> Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

* Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir
Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaNaka inNi KunTu Minaz-ZhoLimin

Maksudnya:

> Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Memohon Hajat Semasa Dalam Sujud Terakhir
Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu.

Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.1

18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukantahiyyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.

Doa Solat Hajat
Sesudah salam, bacalah istighfar, zikir dan doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.

1. Membaca Istighfar

AstaghFirullahal ‘Aziim al-LaDzii Laa illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa AtuuBu ilaih (10 Kali)

Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadanya.

2. Membaca Tasbih & Tahmid

SubHaNallahi WalHamduLillah Wa Laa IlaaHa illallahu Wallahu Akbar, Walaa HawLa Walaa Quwwata Illa Billahi ‘Aliyyil ‘Aziim (10 Kali)

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan Allah Maha Besar. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

3. Membaca Selawat Ke Atas Nabi ﷺ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad (10 Kali)

Ya Allah, limpahilah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga junjungan Nabi Muhammad.

4. Membaca Doa Solat Hajat

Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah Allah Maha Memahami segala isi hati.

Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

Transliterasi Doa Solat Hajat:

> Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat
Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.

Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.

Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Biar Allah yang mengaturnya.

InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

1 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; maksudnya:“Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” — Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Nota Rujukan:

1. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
2. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
3. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
4. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
5. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
6. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]

Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!

Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.