NIAT CARA SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH Panduan Lengkap
Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum subuh?
Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah yang ringkas.
Setiap bacaan dipermudahkan dengan trasliterasi rumi untuk membantu anda.
Semoga memberi manfaat.
Pengenalan
Solat ini tergolong dalam solat Nafl.
Dari segi bahasa, solat Nafl ( نَفْل ) bermaksud tambahan.
Ia disebut juga sebagai solat sunat (السنّة), mandub (المندوب) dan mustahabb (المستحب)
Solat ini dinamakan sebagai Nafl kerana ia adalah tambahan kepada solat-solat yang difardukan oleh Allah SWT.
Solat sunat subuh juga dikenali sebagai Solat Qabliyyah Subuh dan Solat Sunat Fajar
Solat sunat sebelum subuh dilakukan sebanyak dua rakaat.
Solat ini memiliki banyak kelebihan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.
> Perkara utama yang dihitung ke atas seseorang itu adalah solatnya. Sekiranya dia menyempurnakan solatnya, maka ditulis solat itu didirikan dengan sempurna.
Sekiranya tidak sempurna, Allah mengingatkan yang bermaksud, “Perhatikan adakah kamu mendapati hamba-Ku ini melakukan solat-solat sunat. Sempurnakan solatnya dengan solat-solat sunat ini. Kemudian baru dihitung zakat. Selepas itu diambil amalan-amalan berdasarkannya.“
— Hadis direkodkan oleh Ahmad
Niat Solat Sunat Sebelum Subuh
Bagaimana lafaz niat solat sunat sebelum subuh?
Sebenarnya tiada lafaz khas untuk solat sunat sebelum subuh. Kita boleh berniat solat sunat subuh dengan pelbagai lafaz.
Anda juga boleh niat solat sunat sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:
Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Lillahi Taala
Niat dalam melayu:
> Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala
… atau seperti di bawah:
Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala
Niat dalam melayu:
> Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat Qabliyyah kerana Allah Taala.
… atau seperti di bawah:
Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
> Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Ketahui lanjut mengenai perkara berkaitan niat solat solat pada pautan ini: Cara Niat Solat Yang Betul (Siri Panduan Solat Sempurna)
Cara Solat Sunat Sebelum Subuh
Tempoh melakukan solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sederhana dan tidak terlampau lama.
> Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak.
— Hadis direkodkan oleh Ahmad
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum subuh secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat subuh dalam hati.
Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:
Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Lillahi Taala
> Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al-Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:
> Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Posisi Duduk IstirahatRakaat Kedua
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Surah al fatihah> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
> Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Solat Sunat Subuh
Antara doa yang elok dibaca selepas solat sunat subuh adalah doa berikut:
Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.
Maksudnya:
> Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.
Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat sunat ini mempunyai kelebihan yang sangat besar jika dikerjakan.
Antara kelebihan-kelebihan solat sunat sebelum subuh yang disebutkan oleh Nabi SAW adalah:
1. Lebih Baik Daripada Seluruh Dunia
Saidatina Aisyah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardu subuh:
> Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia
— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi
2. Lebih Penting Daripada Nyawa Sendiri
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW berkata:
> Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh)
— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi
3. Amalan Sunat Yang Paling Dipelihara Oleh Rasulullah SAW
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan:
> Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga dua rakaat sebelum solat subuh
— Hadis ini direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud
Qadha Solat Sunat Qabliyyah Subuh
Bolehkah melakukan qadha solat sunat subuh yang tertinggal?
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’:
Solat sunat yang terikat dengan waktu seperti solat sunat rawatib yang mengiringi solat fardu, maka pendapat yang tepat dalam mazhab Syafi’e adalah sunat mengqadhakan solat sunat ini jika tertinggal.
Oleh itu, sekiranya tidak berkesempatan melakukan solat sunat subuh kerana terlewat atau kerana imam mengerjakan solat subuh berjemaah terlalu cepat, disunatkan untuk menggantikannya (qadha solat)
Solat sunat ini dapat digantikan dalam dua waktu:
1. Sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat fardu subuh.
2. Lebih utama dilakukan selepas terbit fajar.
Hukum sunat mengqadakan solat sunat yang terikat dengan waktu ini berdasarkan hadis-hadis berikut:
1. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
> Sesiapa yang tertidur sehingga meninggalkan solat atau terlupa untuk solat, maka hendaklah dia mendirikan solat apabila sudah menyedarinya”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
> Sesiapa yang belum melakukan solat sunat dua rakaat sebelum subuh sehinggalah matahari terbit, maka hendaklah dia melakukan solat tersebut (qada)”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Dalam sahih Muslim disebutkan bahawa Nabi SAW pernah mengqadhakan solat sunat ba’diyyah zuhur selepas solat asar.
Tidur Mengiring Selepas Solat Sunat Subuh
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah mengatakan:
> Apabila seorang dalam kalangan kamu selesai melakukan solat sunat subuh, dia perlu berbaring di atas lambung kanannya.
— Hadis ini direkodkan oleh at-Tirmizi
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan kepada sesiapa yang selesai mengerjakan solat sunat subuh supaya berbaring sebentar.
Tatacara yang dianjurkan adalah dengan berbaring pada lambung kanan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Perkara ini menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ samada ia adalah sunnah ataupun tidak.
Di sini pendapat berkaitan hal ini berdasarkan kitab ulama’ al-Syafieyyah:
> Disunatkan berbaring pada lambung kanan selepas solat sunat al-Fajar dan perlulah menunaikan solat sunat tersebut di awal waktu. Selain itu juga, seboleh-bolehnya tidak ditinggalkan berbaring (selepas daripada solat sunat). Jika tidak, pisahkan (antara solat sunat al-Fajar dan solat al-Fajar) dengan bercakap atau beralih tempat atau seumpama dengannya”.
— Lihat: al-Mu’tamad, 377/1
Akan tetapi, dinasihatkan agar perbuatan ini dilakukan di rumah agar ia tidak menimbulkan gangguan terhadap jemaah yang datang ke masjid.
Caranya adalah dengan melakukan solat sunat yang ringkas lalu berbaring.
Selain itu juga, hal ini digalakkan bagi sesiapa yang menunaikan solat malam dan tidak bagi sesiapa yang tidak menunaikan solat malam.
Rujukan: Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi Saw, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Penutup
Solat sunat sebelum subuh adalah solat yang tergolong dalam sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan.
Kekurangan dalam solat fardu hanya dapat diperbaiki dengan solat sunat yang kita lakukan.
Dan pastinya kebaikan yang datang bersama solat sunat ini amat besar.
> Tidak ada perkara yang Allah izinkan dilakukan oleh para hambaNya yang lebih baik daripada solat dua rakaat. Dan akan ditaburkan kebaikan ke atas kepala seseorang sepanjang dia mengerjakan solat.
— Hadis direkodkan oleh Ahmad, at-Tirmizi dan disahkan oleh as-Suyuti
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!
Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.