NIAT CARA SOLAT SUNAT TASBIH Panduan Lengkap Rumi
Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tasbih?
Ini adalah panduan lengkap cara melaksanakan Solat Sunat Tasbih secara langkah demi langkah dan mudah difahami.
Apa yang menarik:
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan transliterasi rumi.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan…
Pengenalan
Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a.
Solat sunat tasbih diberikan nama sedemikian kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih semasa mengerjakannya.
Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu, dikurangkan kepada sekali seminggu.
Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan.
Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan, memadailah melakukannya sekali dalam setahun.
Atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.
Jumlah Rakaat Solat Sunat Tasbih
Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini, bergantung kepada waktu ianya dikerjakan:
1. Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
2. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.
Niat Solat Sunat Tasbih terbahagi kepada dua, iaitu niat pada waktu siang dan niat pada waktu malam.
1. Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:Niat Solat Tasbih Pada Waktu SiangUsolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
> Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
2. Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:Niat Solat Tasbih Pada Waktu MalamUsolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
> Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan Tasbih Dalam Solat
Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:
Tasbih yang dibaca dalam solatSubhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Cara Solat Sunat Tasbih (Siang)
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tasbih pada waktu siang?
Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat 4 rakaat yang lain.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati
Ucapkan “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
… atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
> Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
3. Kemudian Letakkan Tangan Di Atas Perut Dan Mula Membaca Doa Iftitah
Selepas selesai mengangkat takbir, seterusnya adalah letakkan tangan diantara pusat dan dada.
Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
Kemudian, baca doa iftitah:
* Hukum membaca Iftitah adalahsunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.
doa iftitah> Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
4. Seterusnya Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihahadalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah at-Takasur.
* Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
6. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
7. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
8. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:

9. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:

10. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:

11. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:

12. Duduk Istirahat Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Posisi Duduk IstirahatSemasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
13. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz TakbirIntiqalat
(Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan untuk rakaat kedua).
14. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
15. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah seterusnya yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah al-Asr
* Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
16. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut 15 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
17. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
18. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
19. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
20. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
21. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
22. Bangun Dari Sujud Dan Terus Duduk Istirahat Sebagai Ganti Tahiyyat Awal
Jika melakukan solat sunat tasbih pada waktu siang (iaitu 4 rakaat dengan 1 salam), maka selepas sujud kedua, teruskan dengan duduk istirahat sebagai ganti tasyahud awal.
Posisi Duduk Istirahat Dalam SolatSemasa duduk istirahat tersebut bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
23. Bangun Untuk Rakaat Ketiga Dan Dimulai Dengan TakbirIntiqalat
(Takbir intiqalah disini bermaksud takbir permulaan rakaat ketiga).
24. Seterusnya Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah wajib dibacakan dalam semua rakaat solat.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
25. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali.
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
26. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
27. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
28. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
29. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
30. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
31. Duduk Istirahat Sebelum Bangun Untuk Rakaat Keempat.
Posisi Duduk IstirahatSemasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai Bertasbih, Bangunlah Berdiri Untuk Rakaat Keempat
Rakaat Keempat
32. Rakaat Keempat Dimulai Dengan TakbirIntiqalat
33. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat sebelumnya, sekali lagi pada rakaat keempat dibacakan surah al-Fatihah.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
34. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
35. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
36. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
37. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
38. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
39. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
40. Lakukan Tahiyyat Akhir
Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyyat akhir. Bacalah bacaan tasyahhud seperti berikut:
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:> Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Thoyyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh.
Assalamu’alaina Wa’la ‘Ibadillahis Solihin.
Asyahadu Alla illaHa illallah. Wa’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Aali Muhammad.
Kama Sollaita’ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim.
Wabarik ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘Ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim. Fil ‘alamina innaka Hamidummajid.
Kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
41. Memberi Salam
Semasa salam, palingkan muka ke sebelah kanan terlebih dahuluSetelah selesai membaca tahiyat, maka sudahi solat dengan memberi salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
42. Selesailah Solat Sunat Tasbih Tersebut
Setelah selesai solat, anda bolehlah membaca doa solat tasbih seperti yang dinyatakan pada bahagian di bawah.
Jumlah tasbih dalam 4 rakaat pertama ini adalah sebanyak 300 tasbih.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Cara Solat Sunat Tasbih (Malam)
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tasbih pada waktu malam?
Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat yang lain. Jumlah tasbih yang perlu dibaca adalah sebanyak 300 tasbih.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Tasbih secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Dimulakan solat dengan ucapan “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
… atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
> Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
3. Kemudian Bacalah Doa Iftitah
Selepas selesai mengangkat takbir, seterusnya adalah letakkan tangan diantara pusat dan dada.
Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
Kemudian, baca doa iftitah:
* Hukum membaca Iftitah adalahsunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.
> Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
4. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihahadalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah at-Takasur.
* Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
6. Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
7. Selesai membaca tasbih, teruskan dengan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
8. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
9. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
10. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
11. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
12. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua.
Posisi Duduk IstirahatSemasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
13. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbirintiqalat
(Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
14. Baca surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
> Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
15. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah seterusnya yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah al-Asr
* Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
16. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
17. Selesai membaca tasbih, teruskan dengan rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
18. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
19. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
20. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
21. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
22. Lakukan Tahiyyat Akhir
Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyyat akhir. Bacalah bacaan tasyahhud seperti berikut:
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:> Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Thoyyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh.
Assalamu’alaina Wa’la ‘Ibadillahis Solihin.
Asyahadu Alla illaHa illallah. Wa’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Aali Muhammad.
Kama Sollaita’ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim.
Wabarik ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘Ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim. Fil ‘alamina innaka Hamidummajid.
Kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
23. Memberi Salam
Semasa salam, palingkan muka ke sebelah kanan terlebih dahuluSetelah selesai membaca tahiyat, maka sudahi solat dengan memberi salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
24. Segera Bangun Berdiri Untuk Rakaat Ketiga & Keempat
Ulangi langkah solat dari langkah 1 sehingga langkah 23 (seperti yang telah dinyatakan di atas)
Jumlah tasbih dalam 2 rakaat pertama ini adalah sebanyak 150 tasbih. Oleh itu, 2 rakaat seterusnya akan menggenapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Selepas salam, bacalah doa sebagaimana berikut:
Doa Solat TasbihBacaan Doa Rumi:
> Allaahumma inni As’aluka Taufiqa Ahlil Huda
Wa ‘amala Ahlil Yaqin
Wa Munaa Sohata ahlil Taubati,
Wa ‘Azama ahliss-sobri,
Wawajila ahlil-Hasyyati,
Wa tholaba ahlirr-roghbati,
Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,
Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi Hatta Akhofaka.
Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika Hatta ‘Amala Bi Tho’atika
‘Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-taubati
Wa khaufan minka Hatta Uhliso Lakan-nasiihata
Wa Hatta Atawakkala ‘Alaika fiil Umuri Kulliha
Wa Husnizz-zonni Bika,
Subhanaka Kholiqan-nurr,
Rabbana Atmim Lana Nuurana,
Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir.
Maksudnya:
Ya Allah, aku bermohon taufiq daripadaMu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikan amalan ini seperti mana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazamanku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak.
Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.
Surah Yang Digalakkan Untuk Dibaca
Surah-surah yang baik untuk dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah bacaan al-Fatihah adalah sebagaimana berikut:
1. Surah Yasin pada rakaat pertama, surah al-Waqi’ah pada rakaat kedua, surah ad-Dukhan pada rakaat ketiga, dan surah al-Mulk pada rakaat keempat.
2. Surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama, surah al-Insyirah pada rakaat kedua, surah al-Kauthar pada rakaat ketiga, dan surah an-Nasr pada rakaat keempat.
3. Surah az-Zalzalah pada rakaat pertama, surah al-Adiyat pada rakaat kedua, surah An-Nasr pada rakaat ketiga, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat keempat.
4. Surah At-Takasur pada rakaat pertama, surah al-Asr pada rakaat kedua, surah al-Kafirun pada rakaat ketiga, dan surah al-Ikhlas pada rakaat keempat.
Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah-surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
Penutup
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak mahupun tersembunyi.
Inilah keajaiban sunat sunat tasbih dan kita seharusnya merebut dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya.
Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.
Semoga panduan ini bermanfaat!
Jika anda anda mempunyai sebarang persoalan mengenai topik ini, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Nota Rujukan:
1. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
2. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
3. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
4. Ensiklopedia Solat: Solat Tasbih — TV3 Official [Pautan]
5. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
6. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
7. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Suka Apa Yang Anda Baca?
Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!
Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.