Petua Hilangkan Gatal Pada Kemaluan Wanita Guna Air Garam
Bukan semua petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita menjadi. Kadangkala, ia boleh mendatangkan kesan lain yang lebih teruk. Oleh sebab itu, gunakan air garam dengan berhati-hati.
Kadangkala, air garam boleh buatkan kulit jadi semakin pedih. Malah, ia boleh menyebabkan kulit vagina menjadi melecet dan semakin gatal.
Bukan itu sahaja, penggunaan air garam juga boleh mengganggu keseimbangan pH di kawasan intim. Air garam selalunya akan membuatkan vagina menjadi sangat kering.
Malah, bukan semua orang sesuai menggunakan air garam di kawasan intim. Oleh sebab itu, cara menghilangkan gatal di Miss V dengan air garam ini mungkin berkesan untuk sesetengah wanita, dan mungkin tidak berkesan untuk wanita lain.
Penjagaan vagina di rumah
Cara paling mudah untuk memastikan kawasan Miss V kekal bersih dan bebas penyakit adalah dengan membasuhnya dengan air biasa dan lap sehingga kering menggunakan tisu atau tuala. Jika anda menjaga kebersihan badan, vagina juga akan menjadi lebih sihat dan tidak gatal-gatal.
Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti jangkitan yis, vaginitis atau sebagainya, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Dengan rawatan yang betul, masalah kegatalan ini dapat diatasi.
Elakkan penggunaan air garam, campuran herba atau sabun tertentu untuk membasuh kawasan Miss V. Vagina wanita mempunyai pHnya yang tersendiri. Jika keseimbangan pH ini terganggu, vagina mungkin akan menjadi kering dan lebih mudah dijangkiti penyakit.
Salah satu petua hilangkan gatal pada kemaluan wanita ialah berendam dalam air suam. Kemudian, keringkan badan secepat mungkin.
Selain itu, elakkan meruang. Meruang boleh menyebabkan simptom dan kegatalan menjadi semakin teruk.
Pada permukaan vagina, ada banyak bakteria sihat yang dapat melindungi Miss V daripada sebarang jangkitan. Amalan meruang boleh mengganggu keseimbangan bakteria dan membuatkan lebih banyak ‘bakteria jahat’ mendiami kawasan intim!
Sebab itulah, cara menghilangkan gatal di faraj dengan air garam mungkin tidak berkesan untuk sesetengah orang. Malah, ia mungkin akan membuatkan kegatalan menjadi semakin teruk!