REGISTER GRABFOOD CARA DAFTAR DAN KOMISEN DIBAYAR UNTUK RIDER

REGISTER GRABFOOD : CARA DAFTAR DAN KOMISEN DIBAYAR UNTUK RIDER

REGISTER GRABFOOD : CARA DAFTAR DAN KOMISEN DIBAYAR UNTUK RIDER

Pelbagai aplikasi telah diwujudkan bagi memudahkan orang ramai dalam pelbagai urusan. Perkhidmatan Grab juga sudah tentu tidak asing lagi bagi semua orang, malah ia antara aplikasi yang wajib ada di telefon bimbit seseorang. Kini, kehadiran aplikasi Grab bukanlah untuk mendapatkan perkhidmatan kereta atau pengangkutan, malah pesanan makanan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi Grab melalui perkhidmatan GrabFood.

Selain memudahkan orang ramai untuk memesan makanan, perkhidmatan GrabFood juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan kerja sebagai seorang GrabFood Rider.

Jadi, di sini kami ingin berkongsi cara untuk register sebagai GrabFood Rider secara online bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi GrabFood Rider.

BACA JUGA : PANDUAN LENGKAP REGISTER GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA UNTUK KEDAI ATAU RESTORAN

APA ITU GrabFood?

GrabFood adalah salah satu servis yang disediakan oleh syarikat Grab. GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan. Aplikasi Grab ini bukan sahaja memudahkan restoran membuat penghantaran makanan, namun ia juga memudahkan pelanggan memesan makanan yang enak dari restoran pilihan tanpa perlu keluar dari rumah.

KELEBIHAN GrabFood Rider

Antara kelebihan menjadi seorang GrabFood Rider adalah :

* Waktu bekerja adalah lebih bebas, di mana tiada jadual bekerja untuk dipilih atau disediakan untuk anda sebagai rider.
* Tempoh bekerja adalah bergantung kepada anda.
* Gaji anda sebagai rider bergantung kepada jumlah pesanan yang anda dapat.

REGISTER GRABFOOD : CARA DAFTAR DAN KOMISEN DIBAYAR UNTUK GRABFOOD RIDER

SYARAT KELAYAKAN GrabFood Rider

* Warganegara Malaysia (MyKad Biru/MyTentera sahaja).
* Umur 18 hingga 69 tahun.
* Memiliki motosikal sendiri atau pihak ketiga (semua jenis diterima).
* Pemohon berumur 50-tahun dan ke atas wajib menjalankan pemeriksaan kesihatan.
* Lesen Memandu Motor B/B2 yang aktif (Lesen L TIDAK layak).
* Memiliki Smartphone Android atau IOS.
* Tidak pernah bertugas sebagai GrabExpress, GrabCar atau GrabTaxi.
* Tidak mempunyai kes polis atau mahkamah silam.
* Tidak pernah disuspend atau banned oleh Pihak Grab.
* Menetap di kawasan Kuala Lumpur Putrajaya, Nilai dan Selangor sahaja.

DOKUMEN GRABFOOD RIDER

1. Gambar Profil.
2. Kad Pengenalan.
3. Lesen Memandu (B/B2/P sahaja).
4. Salinan Cukai Jalan/Roadtax yang aktif.

NOTA : Pemohon akan menjalani kursus dan ujian secara online.

CARA REGISTER GRABFOOD RIDER

Berikut adalah cara daftar GRABFOOD RIDER :

1. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang tertera di atas.
2. Kumpul dokumen yang dinyatakan di atas dahulu : * Sila sediakan gambar yang jelas.
* Pastikan perkataan boleh dibaca di dalam gambar.

3. Klik linkBorang Pendaftaran GrabFood dan isi butiran yang wajib.
4. Selepas hantar borang, admin pendaftaran akan WhatsApp anda untuk langkah seterusnya dalam masa 24-jam (Isnin – Jumaat).
5. Pendaftaran GrabFood rider HANYA perlu bayar kos KIT GRABFOOD iaitu [ RM50 + RM100 (Selepas akaun aktif) ]. Admin pendaftaran TIDAK AKAN minta bayaran agen atau perkhidmatan dari pemohon baru.NOTA : Di bawah Akta dan SOP PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), Pemohon hanya boleh hadir ke pejabat untuk mengambil kit GrabFood SELEPAS diberi tarikh temujanji oleh admin pendaftaran. Pemohon yang hadir TANPA temujanji TIDAK AKAN dibenarkan masuk.

6. Proses keseluruhan akan mengambil anggaran 7-14 hari termasuk semak latar belakang individu.

KOMISEN GrabFood Rider

* Setiap pesanan mampu mendapat bayaran dalam RM4 sehingga RM10, dan ini bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran atau kedai dengan pelanggan.
* Semakin jauh jarak kedai dengan pelanggan dan apabila pesanan dibuat pada waktu puncak (cth: waktu tengah hari, 6.00 – 10.00 pagi, 4.00 – 7.00 petang ), maka tinggilah bayaran yang anda dapat.
* Secara purata, GrabFood rider boleh menjana RM17/jam (tertakluk pada lokasi dan masa).

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berapakah modal saya perlu sediakan untuk daftar Grabfood rider?Pendaftaran GrabFood rider hanya RM150 sahaja RM150. Untukpermulaan RM50 E-Pay topup, baki RM100 yang seterusnya akan ditolak melalui cash wallet dari tugas yang dilengkapkan selama 2-minggu (RM50 x 2 minggu). Pemohon hanya perlu sedia RM50 untuk pendaftaran.

Ada jacket atau topi keledar untuk Grabfood?Ada. Selepas menerima giliran untuk pengambilan kit GrabFood. Admin pejabat akan memberi kit yang terkini kepada semua pemohon.

Bolehkah saya tukar bag Grabfood?Boleh. Kalau petugas GrabFood telah bertugas:Lebih dari >9 bulan = PERCUMA
Kurang dari

Boleh tukar bandar bertugas?Boleh. Selepas petugas GrabFood bertugas di bandar pendaftaran melebihi >3 (tiga) bulan dan melebihi 20 tugas.

Ada penalti kalau telah mengambil beg Grabfood tetapi tak bertugas dalam 60-hari selepas account aktif?Topup RM50 akan dilucut dan slot anda akan diberi kepada pemohon lain yang lebih berminat. Minimum 20 tugas dalam tempoh percubaan 60-hari selepas menerima beg Grabfood adalah wajib.

Berapakah komisen Grab akan ambil dari GrabFood rider?0%. Pihak Grab tidak akan menolak komisen dari tambang yang diterima untuk tugas GrabFood. Hanya GrabExpress 20%.

Gaji dan pendapatan GrabFood rider?Secara purata, tambang asas setiap penghantaran adalah RM4-RM10 terpulang kepada jarak dan lokasi. Bonus tambahan akan diberi pada waktu sibuk atau di kawasan permintaan tinggi. Secara purata, GrabFood rider boleh jana RM17/jam (tertakluk pada lokasi dan masa)