Tips Kecilkan Lengan Mudah Dan Berkesan Mak Di Rumah Cuba

Lengan yang besar dan menggeleber akan menyebabkan penampilan anda nampak kurang menarik. Ia akan menyebabkan anda berasa rendah diri dan menjejaskan tahap keyakinan diri semasa berdepan dengan orang ramai. Malah anda juga akan berasa tidak seronok semasa shopping baju baru.

Lebih-lebih lagi memandangkan raya dah semakin dekat, pastinya anda teringin untuk memiliki lengan yang kecil dan cantik. Kalau anda tercari-cari tips kecilkan lengan dengan cepat yang terbukti berkesan, jom baca artikel ini sampai habis.

Sumber: MfahdliKawal kalori yang masuk ke dalam tubuh badan setiap hari
Di antara punca berat badan anda berlebihan dan mempunyai lemak di bahagian lengan ialah disebabkan oleh anda mengambil kalori yang berlebihan setiap hari.

Kalori yang berlebihan akan diproses oleh tubuh badan dan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak lebihan tersebut akan disimpan di seluruh tubuh badan dan di antara kawasan yang paling mudah untuk lemak berkumpul ialah di bahagian lengan.

Oleh itu, jika anda inginkan lengan yang kecil dan tidak menggelebeh pastikan jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh badan setiap hari adalah kurang daripada kalori yang digunakan.

Keadaan ini digelar sebagai kalori defisit. Jika anda memastikan anda mengalami kalori defisit setiap hari, bukan sahaja lengan anda akan mengecil malah berat badan anda juga akan berkurangan.

Untuk mendapatkan kalori defisit, anda perlu mengetahui berapakah jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari, berapakah kalori yang anda ambil dari pemakanan setiap hari, dan berapa jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh badan sepanjang hari. Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi calori counterseperti:

Android:

* My Fitness Pal
* Lose It!
* My Net Diary
* Easy Fit
* Fat Secret

Iphone:

* My Fitness Pal
* Calorie counter By Fatsecret
* Calorie Counter Pal: Step UK
* Myplate Calorie Counter
* My Diet Diary Calorie Counter

Sumber: SelfLompat tali atau skipping
Mungkin anda tak percaya! Lompat tali atau skipping adalah salah satu senaman yang membantu mengecilkan lengan dengan cepat. Ini kerana apabila anda melompat sambil menggerakkan tangan, anda akan memaksa otot lengan untuk bekerja dengan kuat.

Lagi laju anda melompat, makin kuat otot lengan anda bekerja dan hasilnya, lengan anda akan jadi berotot dan lemak berlebihan yang terkumpul pada lengan akan dibakar dan hilang dengan cepat.

Kalau anda nak lemak degil di lengan hilang dalam tempoh 14 hari, pastikan anda melompat tali atau skipping sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda konsisten, pastinya anda akan tersenyum lebar melihat lengan yang semakin kecil, cantik, dan tidak menggeleber.

Tekan tubi atau pumping
Selain lompat tali atau skipping, senaman tekan tubi atau pumping juga adalah satu lagi senaman yang sangat membantu untuk mengecilkan lengan yang besar dan menggelebar. Setiap kali anda melakukan tekan tubi, otot lengan anda akan dipaksa bekerja keras lalu membina otot dan membakar lemak. Jika anda seorang yang sibuk dan tidak ada masa untuk bersenam, tekan tubi adalah senaman yang paling sesuai untuk anda.

Anda boleh lakukan senaman tubi sebelum mandi setiap hari. Sebagai contoh, lakukan 10 senam tubi sebelum anda mandi pada waktu pagi, dan 10 lagi tekan tubi sebelum anda mandi pada waktu petang. Jika anda mampu, lakukan dalam kiraan yang lebih. Lebih banyak tekan tubi yang anda lakukan, lebih cantik lengan anda.

Lompat bintang atau jumping jack
Dulu waktu sekolah, biasanya semasa pendidikan jasmani kita akan diarahkan oleh guru untuk melakukan lompat bintang. Tahukah anda bahawa gerakan dalam lompat bintang sangat membantu untuk mengecilkan lengan yang besar dan menggeleber.

Lagi banyak lompat bintang yang anda lakukan, lebih banyak otot lengan anda bekerja. Tak susah pun untuk anda lakukan lompat bintang. Sambil menonton televisyen atau bermain dengan anak-anak, anda boleh lakukannya.

Senaman lengan dengan pemberat atau dumbell
Jika anda betul-betul ingin mengecilkan lengan dengan cepat, kami cadangkan supaya anda keluarkan sedikit duit untuk membeli dumbell atau pemberat. Harganya tidak terlalu mahal, tak sampai RM20 anda boleh dapat sepasang pemberat.

Sekiranya anda adalah seorang wanita, kami cadangkan anda beli pemberat 5 kilogram. Manakala jika anda seorang lelaki, kami cadangkan anda beli pemberat 10 kilogram ke atas, bergantung kepada kekuatan anda.

Terdapat pelbagai jenis senaman dengan pemberat yang boleh membantu untuk mengecilkan lengan. Di antara yang paling berkesan ialah:

* Senaman Hammer Curl. Caranya: Anda boleh lakukan dalam posisi berdiri atau duduk. Pegang pemberat dalam posisi menegak. Luruskan tangan anda ke bawah seiring dengan kaki. Angkat pemberat ke atas sambil memastikan lengan bahagian atas dan siku sentiasa berada dalam keadaan lurus. Ulang sebanyak 10 hingga 15 kali dan lakukan dalam 2 hingga 3 set. Pastikan anda rehat selama 60 hingga 90 saat di antara setiap set.

* Forth standing bicep curls. Caranya ialah: Anda boleh dilakukan senaman ini secara berdiri atau duduk. Pegang pemberat dengan posisi tapak tangan menghadap ke hadapan. Mulakan gerakan sambil memastikan posisi tangan kekal lurus. Gerakkan tangan sehingga ke paras dada. Lakukan sebanyak 10 hingga 15 kali dan lakukan 2 hingga 3 set. Pastikan anda berehat selama 60 hingga 90 saat di antara setiap set.

Itulah dia tips kecilkan lengan dalam masa 14 hari yang boleh anda amalkan. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang senaman kardio, senaman kempiskan perut, dan senaman untuk antenatal