Cara Memutihkan Kembali Ketiak Yang Hitam

Ada sesiapa yang mengalami masalah ketiak hitam? Korang pernah terfikir tak camna ketiak tu boleh tetiba tukar kaler. Bukannya ketiak tu selalu terdedah pada pancaran cahaya matahari pun betol tak? Hmm.. kejadian misteri ni.

Ada yang kata sebab pakai bedak. Ada pula yang kata disebabkan penggunaan deodoran.

che petua tak tahulah mana satu yang betul. Tapi kalau difikirkan mungkin ada kebenarannya kerana kandungan ataupun campuran kimia dalam bedak atau deodoran tu mungkin tak sesuai dengan tubuh seseorang.

Siapa tahulah kan… sesetengah orang pakai tapi tak pula ketiak bertukar jadi kehitaman. Tapi sesetengah yang lain mungkin tak berapa sesuai lah kan.

Satu lagi punca mengapa ketiak ni bertukar kehitaman adalah kerna bila dah selalu sangat cukur bulu ketiak. So, kalau tak mau jadi hitam berpada-padalah mencukur tu yer. Tapi kalau nak cukur jugak setiap hari… teruskan.. haa.. pastu cubalah pelbagai cara memutihkan ketiak ni.

Petua Cerahkan Ketiak dan Hilangkan Bau
Ini ada petua (kalau nak cuba) untuk mereka yang mahu mencerahkan kembali ketiak yang hitam.

Sediakan sebiji limau nipis dan sedikit kapur sirih. Perah limau nipis tu dalam bekas atau mangkuk. Kemudian ambil sedikit kapur dan campurkan dengan perahan limau nipis dan gaulkan hingga sebati.

Sapukan campuran tu pada ketiak setiap kali selepas mandi. Biarkan lebih kurang 15 minit kendian barulah dibilas dengan air bersih.

Ini haa nak pesan sikit.. kapur tu jangan banyak sangat yer.. sikit jer.. lebih kurang satu colek atau secubit jer. Sebabnya kalau digunakan banyak sangat kapur tu, kesannya akan jadi terbalik.. Ketiak akan jadi bertambah hitam! So, hati-hati bila mencampurkan kapur tu.

Seperkara lagi, buat permulaan mungkin ada yg akan rasa sedikit pedih setelah menyapu campuran tu kat ketiak. Ada juga yg mungkin rasa gatal-gatal. Kalau dah begitu, take it slow… instead of tunggu sampai 15 minit, mungkin cuma tunggu 3 minit atau 5 minit saja kendian bilas dengan air. Selepas beberapa hari mengamalkan dan bila kulit dah biasa barulah dibiarkan lama sedikit.

Tapi, insyaAllah kalau kena campurannya dan diamalkan setiap hari, dalam seminggu je dah boleh lihat hasilnya. Jika serasi dengan korang, petua ni bukan setakat mencerahkan ketiak malah bau ketiak juga akan hilang. Tak yah buang duit pakai deodoran dah.

Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam
Setiap hari dua kali sehari, semasa mandi pada sebelah pagi dan malam sapu scrub muka pada ketiak. Tak perlu basahkan dengan air. Terus picit scrub dan sapu pada ketiak. Gosok sampai puas hati. Tapi jangan digosok dengan kasar sebab kulit ketiak ni lembut. Kalau terlalu kasar nanti boleh jadi luka dan pedih.

Lepas scrub dan setelah selesai mandi, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E untuk membantu proses pencerahan. Sebagai alternatif boleh juga sapu gel aloe vera atau daun lidah buaya. Satu lagi tips untuk membantu proses pencerahan ialah dengan cara sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air.

Seeloknya cuba cabut bulu ketiak dengan cara wax. Jangan dicukur ketiak mu itu kerana bercukur boleh menyebabkan ketiak jadi bertambah hitam.

Sebaik-baiknya bagi yang selalu pakai deodoran dan memang dah jelas ketiaknya kelihatan semakin lama semakin gelap, harus untuk berhenti pakai deodoran. Cuba elakkan penggunaan deodoran dan cari kaedah lain untuk mewangikan ketiak seandainya ketiak tu dirasakan busuk. Orang lain boleh pakai deodoran dan mungkin tak ada perubahan pada warna ketiaknya. Tapi sesetengah orang memang tak sesuai pakai deodoran sebab kulit dia tu sensitif atau tak serasi dengan deodoran. Ketiak kalau dah hitam memang tak ada orang nak datang hidu. Tapi kalau putih melepak walau berbau pun dikata harum. Haha..